Tewas, atau kalah, dan juga mengalah, anda harus memainkan peranan yang bijak untuk kebaikan diri sendiri, "Tewas Dalam Cinta" itu perkara biasa kerana ia akan membuatkan diri anda maju kehadapan serta memahami erti kehihupan samada dalam cinta.
Apalah ditunggu atau menanti si dia muncul kembali kerana anda memang menyintainya, tidak, anda harus "Move on" dari masalah ini, inilah waktunya anda ambil "Cermin dan Melihat Diri". Tonjolkan diri anda dan lakukan yang terbaik untuk mengubah diri, serta jadikan diri anda bayang bayang yang menghantui seseorang yanmg telah menghancurkan diri anda.
Anda mampu, anda "Can Do It" sudah menjadi adab dalam bercinta, ada yang tewas ada yang mengundur diri demi kebaikan diri sendiri mahu pun untuk kebaikan orang yang ketiga.
Itulah yang baik baiknya, buat apa ditunggu orang yang tidak menyintai kita, tidakkah itu perkara sia sia? Ada setengah individu yang sanggup tidak makan kerana putus cinta, kerana hati terlalu sakit memikirkan, resah dan sebagainya. Tidakkah anda terfikir walau sesusah mana diri anda si dia tetap tidak mengetahui dan tidak pula ingin mengetahui, jadi tunggu apa lagi, ubahkan diri serta hidup anda kearah kebaikan, kearah kecergasan diri, demi masa yang akan mendatang.
Jika anda mengambil iktibar dalam kisah "Tewas Dalam Cinta" maka ia sekaligus mendewasakan diri, mengenal erti dunia, mengenal maksud kehidupan bahawa "Langit Tidak Selalu Cerah". hati Manusia ini selalu berubah, dalam menjalinkan cinta, kerana ada yang lemah, tidak cukup iman dan sebagainya.
Dugaan tidak akan terhenti selagi anda belum memahami pengertian cinta, kerana ia amat luas, selepas beberapa cubaan cinta anda juga gagal maka secara tak lansung ia akan beransur hilang, hati anda tidak lagi meraung, dalam cinta seterusnya anda umpama angin yang melintasi, melihat dan memerhati bagai tiada apa yang berlaku.
Lalu anda akan mengenal Manikam, dan bahagikan cinta sedikit pada yang meminta dan menyerah pada sang Pencipta. Yang meminta hanyalah meminjam buat sementara memenuhi ruang pusingan roda hidup,


No comments:
Post a Comment