Pepatah ini ialah turun temurun dari orang dahulu kala sebelum era 90an, namu pepatah ini tidak berguna lagi bagi setengah individu. walaubagaimana pun ia masih berguna bagi segolongan individu yang mempunyai berlainan pendapat serta pemikiran samada di Malaysia atau di negara Indonesia.
Hujan Emas di negeri orang, mengambarkan tentang kebaikan dalam semua segi berbanding negeri sendiri, Kenapa Hujan Batu di negeri sendiri, ia sebenarnya satu pribahasa untuk mengambarkan bahawa
walau seburuk mana, musibah yang berlaku, merangkumi juga hal ehwal yang terjadi salam kehidupan
seharian dalam negeri atau daerah, seperti ekonomi, masalah kewangan, kehidupan dan lain lain.
Justeru itu maka muncul pribahasa ini, "Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri"
Maka walau pahit manis, buruk dan sebagainya kita harus sentiasa berada dalam negeri sendiri, Ya benar namun pepatah ini telah disalahkan gunakan atau telah diambil kesempatan oleh segolongan yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan sendiri dan menyusahkan orang lain.
Lalu adakah yang bersabar untuk mencari rezeki di negeri sendiri? serta menghabiskan usia, mengecapi
indahnya dunia yang luas belum diterokai?. Jadi berapa ramai yag ingin kutip" Hujan Batu Di Negeri
Sendiri"?
Era kehidupan serta putaran semasa memang berbeza, itu adalah perkara biasa, tapi jika sesebuah negara masih sama dalam masalah yang telah diterangkan diatas (Hujan Batu Di Negeri Sendiri) macam mana? Masalah ini timbul sebenarnya berpunca dari pentadbiran yang menguruskan ekonomi serta hal ehwal dalam sesebuah negara atau negeri.
Sebagai contoh, kenapa rakyat dari negara Indonesia keluar dari negeri sendiri (Tidak Mahu Kutip
Batu Hujan Batu) di negeri sendiri, dan juga negara Pakistan yang indah, dipenuhi gunung ganang, kehijauan, iklim yang bermusim? tidakkah anda berfikir kenapa? mereka juga keluar dari negara sendiri? serta negara negara lain. Ia sebenarnya berpunca bahagian pentadbiran yang hanya memetingkan diri sendiri serta ingin memenuhi wang ringgit dalam poket sendiri dan melupakan yang lain.
Tidakkah anda terfikir untuk memugut Hujan Emas Di Negari Orang? dan bawa pulang ke negeri sendiri? Bawa kebaikan yang ada di negeri orang dan penuhi dalam negeri sendiri? dan tak perlu pertahankan negeri sendiri kerana ia adalah sia sia, kerana keuntungan serta kebaikan orang lain
yang dapat dalam kesetiaan anda tersebut.
Lupakah anda tentang "Ma'al Hijrah" jika anda berfikiran matang maka ambillah peluang
untuk mengecapai Hujan Emas Di Negeri Orang, kerana ia bukan bererti menggadaikan negeri sendiri,
Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, walau susah dan sebagainya hiduplah dalam negeri sendiri, walau di negeri orang mempunyai kebaikan, TIDAK, itu dulu, dan lain kini, tak perlu anda menghabiskan masa dan usia, kerana anda berhak mengecapi keindahan serta erti kehidupan
kerana dunia ini ialah perkongsian, penumpang.
Jadi pepatah yang anda perlu guna dalam dunia moden ini apabila hidup dalam golongan manusia yang memetingkan diri ialah "Jangan Dilambung Batu Ke Langit, Nanti Terkena Diri, Baru Nak Lari".


No comments:
Post a Comment